Business News & Tips

Breadcrumbs

Kursus ini secara umumnya memberi penekanan kepada pengurusan daya kehidupan ataupun kelangsungan sesebuah organisasi.

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini secara umumnya memberi penekanan kepada pengurusan daya kehidupan ataupun kelangsungan sesebuah organisasi secara menyeluruh bagi menjamin kesinambungannya sebagai sebuah entiti yang kekal dinamik dan berterusan. Proses pengurusan strategik ini biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat utama, iaitu: Penggubalan Strategi; Perlaksanaan Strategi; dan Penilaian/Pengawalan Strategi. Pendekatan integrasi (integrated approach) atau pendekatan silang fungsian (cross-functional approach) ditekankan dalam kursus ini.

Di peringkat penggubalan strategi, strategi-strategi korporat, perniagaan, dan fungsian yang berkesan digubal berdasarkan kepada arah/halatuju organisasi. Objektif juga dijadikan panduan penting dan pembentukannya berasaskan kepada faktor kekuatan/kelemahan (analisis realistik) dan peluang/ ancaman (analisis futuristik/ masa hadapan) yang dimiliki dan dihadapi oleh sesebuah organisasi itu. Di peringkat pelaksanaan strategi, dibincangkan langkah-langkah penting untuk memastikan apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Manakala di peringkat penilaian/pengawalan strategi pula, ia memberi penekanan khusus terhadap aspek-aspek penilaian, kawalan dan penambahbaikan terhadap strategi yang telah dilaksanakan.

OBJEKTIF KURSUS

Di akhir kursus, para pelajar akan dapat :

  1.  Menghubungkan teori dan konsep dengan amalan dengan memberi penekanan kepada usaha meningkatkan kemahiran dalam merencanakan halatuju strategik organisasi
  2. Mempelajari kaedah, teknik dan alat-alat analisis untuk mencapai penyelesaian secara strategik.
  3. Melaksanakan audit strategik dengan mengesan masalah-masalah atau isu-isu utama and memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri. Para pelajar diberikan modul kursus yang akan menjadi rujukan utama untuk kursus ini. Modul kursus ini juga dilengkapi soalan-soalan sebagai latihan untuk menguji kefahaman pelajar. Di samping itu, pelajar dinasihatkan agar mendapatkan bahan-bahan bacaan lain, khususnya buku teks sepertimana yang dicadangkan bagi meningkatkan kefahaman pelajar mengenai pengurusan strategik. Bacaan-bacaan tambahan juga digalakkan bagi meningkatkan pengetahuan berkenaan perkembangan semasa, yang dapat membantu pelajar memahami kursus ini dengan lebih mendalam.

Bagi membantu pelajar memahami kandungan modul, terdapat empat (4) fasa pertemuan bersemuka di antara pelajar dan tenaga pengajar telah ditetapkan. Pertemuan kelima adalah untuk tujuan peperiksaan akhir. Pelajar dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu modul yang diberikan sebelum menghadiri kuliah atau pertemuan bersemuka.

Jadual sesi pertemuan dilampirkan dalam bahagian seterusnya. Namun begitu, jadual tersebut adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan pelajar dinasihatkan agar sentiasa berhubung dengan PACE dan penyelia pusat pembelajaran untuk mendapatkan maklumat terkini.

Penilaian akan diadakan berdasarkan tugasan individu, tugasan berkumpulan dan peperiksaan akhir semester. Ketiga-tiga komponen penilaian ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya.

  • Tugasan Kumpulan Audit  - 30%
  • Tugasan Kumpulan Kajian Kes - 20%
  • Kuiz Online - 10%
  • Peperiksaan Akhir -  40%

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima yang mana tarikh, masa dan tempat sebenar akan diberitahu kelak. Peperiksaan ini adalah komprehensif, yakni merangkumi keseluruhan modul kursus. Masa yang diperuntukan adalah 2 jam 30 minit.

TUGASAN  KUMPULAN - LAPORAN AUDIT STRATEGIK - 30%

Pelajar diminta menyiapkan satu tugasan iaitu membentuk satu perancangan strategik. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan perancangan strategik berpandukan kepada format yang telah ditetapkan. Penyerahan perancangan strategik pada pertemuan yang ke-4. Bagi mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah, para pelajar dinasihatkan menghantar sendiri tugasan yang telah disiapkan kepada tenaga pengajar pada pertemuan ke-4 itu. Tugasan yang dihantar lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima. Ia meliputi 30% daripada keseluruhan markah.

 

TUGASAN  KUMPULAN - KAJIAN KES - 20%

Answers All Questions:

1. What strategic issues does the organization have?

2. What are some issues in this organization's external environment ?

3. Build a comprehensive SWOT Matrix based on case study.

4. Recommend ONE (1) strategy based on alternative strategies as generated above?

Nama Ahli Kumpulan & Tajuk Tugasan KAJIAN KES

Group 1 
Noor Jannah binti Ahmad
Syamsiyati binti Abu Bakar
Mawar Attailah Laila binti Muhamad Kharis


Group 2
Muhamad Ikram bin Abdul Baru
Norzakihisyam bin zainol

Group 3 
Nur Farah Amylia binti Zakri
Mohamad Najib bin Fadzilan
Sayang Safwana binti Mustakim

 PEPERIKSAAN AKHIR  (Final exam) - 40%

Peperiksaan Akhir Semester akan diadakan pada pertemuan ke 5 secara BERSEMUKA (FACE-TO-FACE) yang merangkumi semua bab. Masa diperuntukkan ialah 2 1/2 jam. Format soalan dalam bentuk esei. Agihan markah sebanyak 40% daripada keseluruhan markah. 

CARRYMARKS - FOR BPMN3023 STRATEGIC MANAGEMENT - 60%

 

NoMatric100.00%60.00%Gred
124845779.67%47.80%A
225885178.33%47.00%A-
326714688.50%53.10%A
426722478.50%47.10%A-
526728389.17%53.50%A
626730877.17%46.30%A-
726741587.83%52.70%A
826820378.33%47.00%A-