Kursus ini secara umumnya memberi penekanan kepada pengurusan daya kehidupan ataupun kelangsungan sesebuah organisasi secara menyeluruh bagi menjamin kesinambungannya sebagai sebuah entiti yang kekal dinamik dan berterusan.
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini secara umumnya memberi penekanan kepada pengurusan daya kehidupan ataupun kelangsungan sesebuah organisasi secara menyeluruh bagi menjamin kesinambungannya sebagai sebuah entiti yang kekal dinamik dan berterusan. Proses pengurusan strategik ini biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat utama, iaitu: Penggubalan Strategi; Perlaksanaan Strategi; dan Penilaian/Pengawalan Strategi. Pendekatan integrasi (integrated approach) atau pendekatan silang fungsian (cross-functional approach) ditekankan dalam kursus ini.
Di peringkat penggubalan strategi, strategi-strategi korporat, perniagaan, dan fungsian yang berkesan digubal berdasarkan kepada arah/halatuju organisasi. Objektif juga dijadikan panduan penting dan pembentukannya berasaskan kepada faktor kekuatan/kelemahan (analisis realistik) dan peluang/ ancaman (analisis futuristik/ masa hadapan) yang dimiliki dan dihadapi oleh sesebuah organisasi itu. Di peringkat pelaksanaan strategi, dibincangkan langkah-langkah penting untuk memastikan apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Manakala di peringkat penilaian/pengawalan strategi pula, ia memberi penekanan khusus terhadap aspek-aspek penilaian, kawalan dan penambahbaikan terhadap strategi yang telah dilaksanakan.

OBJEKTIF KURSUS
Di akhir kursus, para pelajar akan dapat :
- Menghubungkan teori dan konsep dengan amalan dengan memberi penekanan kepada usaha meningkatkan kemahiran dalam merencanakan halatuju strategik organisasi
- Mempelajari kaedah, teknik dan alat-alat analisis untuk mencapai penyelesaian secara strategik.
- Melaksanakan audit strategik dengan mengesan masalah-masalah atau isu-isu utama and memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah.
Pelajar adalah dinasihatkan supaya merujuk bahan-bahan bacaan tambahan bagi meningkatkan kefahaman kandungan pelajaran. Soalan-soalan dari buku rujukan tambahan juga boleh dicuba bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar.
PENGENDALIAN KURSUS
Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri. Para pelajar diberikan modul kursus yang akan menjadi rujukan utama untuk kursus ini. Modul kursus ini juga dilengkapi soalan-soalan sebagai latihan untuk menguji kefahaman pelajar. Di samping itu, pelajar dinasihatkan agar mendapatkan bahan-bahan bacaan lain, khususnya buku teks sepertimana yang dicadangkan bagi meningkatkan kefahaman pelajar mengenai pengurusan strategik. Bacaan-bacaan tambahan juga digalakkan bagi meningkatkan pengetahuan berkenaan perkembangan semasa, yang dapat membantu pelajar memahami kursus ini dengan lebih mendalam.
Bagi membantu pelajar memahami isi kandungan modul dengan lebih jelas, empat kuliah pertemuan bersemuka antara tenaga pengajar dan pelajar telah ditetapkan. Diharapkan pertemuan bersemuka tersebut dapat dimanfaatkan sebagai peluang kepada pelajar untuk bertanya atau mendapatkan penjelasan mendalam mengenai topik-topik yang telah dibaca. Oleh itu, pelajar dinasihatkan membaca dan memahami kandungan modul sebelum menghadiri kuliah.
Jadual sesi pertemuan bersemuka disertakan dalam bahagian seterusnya. Walaubagaimanapun, jadual tersebut tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, pelajar diminta sentiasa berhubungan dengan pihak PJJ-UUM dan pensyarah kursus bagi mendapatkan maklumat terkini.
MARKAH KERJA KURSUS (CARRYMARKS) -60%
| No. | Matric | Name | 60.00% |
|---|---|---|---|
| 1 | 270541 | Mohammad Ridzwan Bin Abdul Rahman | 49.43% |
| 2 | 282415 | Nishandini A/P Veragu | 46.43% |
| 3 | 282446 | Norzaimah Binti Mohd Badri | 44.03% |
| 4 | 282494 | Nurul Azylin Binti Zulkifli | 43.70% |
| 5 | 282570 | Syadwan Nujaidi Bin Mesari | 46.70% |
| 6 | 282593 | Yogalechumi A/P Selvan | 44.03% |
| 7 | 283264 | Muhammad Fashwan Bin Fathullah Suhaimi | 49.43% |
| 8 | 283435 | Mohamad Arif Bin Mohamad Philip Lim | 48.10% |
| 9 | 289387 | Nur Liana Binti Rizuan | 43.70% |