Business News & Tips

Breadcrumbs

Kursus Kaedah Penyelidikan ini akan menyediakan para pelajar kepada proses perancangan dan perlaksanaan penyelidikan saintifik. Penyelidikan saintifik adalah terdiri daripada proses sistematik, logikal dan menyeluruh.

PENGENALAN

Kursus Kaedah Penyelidikan ini akan menyediakan para pelajar kepada proses perancangan dan perlaksanaan penyelidikan saintifik. Penyelidikan saintifik adalah terdiri daripada proses sistematik, logikal dan menyeluruh. Matlamatnya adalah untuk memastikan sesuatu penyelidikan itu mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahihan yang tinggi dan mampu menyumbang samada kepada perkembangan bidang ilmu atau berguna kepada sesuatu organisasi dalam membantu membuat keputusan atau berguna dalam membantu mencari penyelesaian sesuatu masalah.

 

OBJEKTIF

Pada akhir kursus ini, diharap pelajar dapat:

  • Memahami tujuan dan kegunaan kaedah penyelidikan saintifik
  • Mengetahui dan memahami proses melaksanakan penyelidikan saintifik
  • Mengetahui dan memahami reka bentuk saintifik
  • Mengetahui dan memahami kaedah laporan dan isu etika dalam penyelidikan saintifik.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

  • Membincangkan proses melaksanakan penyelidikan saintifik.
  • Menerangkan pelbagai konsep, jenis penyelidikan, kaedah dan pendekatan dalam melaksanakan penyelidikan saintifik.
  • Memerihal peringkat perlaksanaan penyelidikan seperti definisi masalah, membangunkan rekabentuk penyelidikan, rekabentuk persampelan, rekabentuk soal selidik dan kaedah lapangan.
  • Mengaplikasikan teknik statistik yang bersesuaian untuk menganalisis data, interpretasi dan melaporkan dapatan analisis.